"Mengapa Rezeki Saya Sempit" ....mungkin di sini ada JAWAPAN yang ANDA cari???
"Mengapa rezeki saya sempit? Padahal sudah macam-macam usaha saya lakukan. " Begitulah secara umumnya pertanyaan tersebut melalui SMS dan e-mel yang kerap diterima oleh penulis sebelum ini.
Baiklah, sebelum hal tersebut kita kupas, ada baiknya kita memahami dahulu bahawa yang dimaksudkan rezeki itu bukan sekadar duit. Jadi, bila duit kita sedikit, jangan terburu-buru mengatakan rezeki kita sempit. Walhal pada ketika itu kita masih sihat, anak-anak juga sihat. Malah orang-orang yang hampir dengan kita juga sihat-sihat belaka. Alhamdulillah, sungguh kesihatan itu adalah rezeki yang besar.
Dapat taat perintah Allah juga rezeki. Nama yang baik juga rezeki. Pasangan hidup yang baik juga rezeki. Memiliki ilmu yang bermanfaat, mempunyai ingatan yang baik, rasa aman tidak banyak masalah...; walaupun tidak banyak wang, tidaklah bermakna rezeki kita sempit.
Secara ringkas...mari kita kenali antara punca-punca bagaimanakah rezeki seseorang boleh menjadi sempit malah boleh tersumbat! Agar hari ini dan sampai ke hujung usia nanti rezeki kita tetaplah mudah, luas dan berkat. Amin..
1) Tidak peduli tentang zakat dan sedekah.
2) Terlalu sibuk hingga jauh dari Allah.
3) Melakukan bisnes dan kerja-kerja yang haram.
4) Berbuat dosa kerana jahil atau degil.
5) Percaya usahanya semata-mata yang mendatangkan rezeki.
ADA CARA untuk lakukan tindakan-tindakan yang memerlukan PERUBAHAN kita dari sekarang demi "Mudahnya Menjemput Rezeki"
-" petikan daripada Buku Mini "Mudahnya Menjemput Rezeki" - Ustaz Fathuri Salehuddin.
untuk lebih bermakna lagi....
DAPATKAN SEGERA buku FULL VERSION MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI melalui kami ...SMS 017-389 2017 (LIZA) untuk HARGA TERBAIK!!!...semoga urusan kita semua dipermudahkan..Aamin..:)
No comments:
Post a Comment